Want your
own Fotopage?







 
Pics Lover

By: mya ca

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Apr-2009 10:40 Email | Share | | Bookmark
Club No. 1

Asiah Ina Aca
Saranghae
Aca
Lows Peak Made Pyramid.
Puncak Seringgit
Asiah Ina Aca - Gunung Seringgit
Sunrise - 5.45 am
Us 3 @ peak





Berjaya sampai puncak Gunung Kinabalu.
YEAYYY!!!

Low's Peak, Mt Kinabalu, Sabah Malaysia



5.45 pagi. 7 April 2009...



Yatta!!!

Detail stories will be upload soon. Please anticipate.. =D

More Pictures at my facebook page - acamy172@yahoo.com - Hafsah Md Yusof - Check It Out!!!

Song - Secret Code - Tohoshinki

Tahniah .... aku tahu bukan senang nak capai ke puncaknya!
Teringat nostalgia lalu!
Mon 11-May-2009 01:05
Posted by:baning  - [Link]
tahniah diatas kejayaan menakluki puncak tertinggi, tk dpt nk bayangkan bagaimana rasa adrenalin rush kat atas sana. Wed 13-May-2009 04:14
Posted by:nadira  - [Link]
yiyani & baning - terima kasih... saya sangat teruja apabila sampai atas tu..

nadira - cubalah naik... pengalaman yang menakjubkan.. =D
Thu 14-May-2009 10:23
Posted by:Aca acamy172@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 8-Mar-2009 19:48 Email | Share | | Bookmark
Sampai Syurga



Today's my mom birthday.

Happy 53th birthday mak...

May god bless you. Stay healthy and happy. Dont fall sick okey. Ameen...

To all woman out there... Happy Woman's Day (8 March) ... Cheers ...

* song - Power Of Love - Celine Dion

Hi Acca...
Lama tak jumpa kawan sorg ni.. apa crita..??
best FP ko.. rajin gak aku membaca... hehe...
anyway, ada masa kita ajak geng ramai2 shoot sama...

Kawanari.photography
0 1 3 3 2 2 9 7 2 8
kawanari79@gmail.com
http://www.flickr.com/photos/kawanari/
Fri 27-Mar-2009 02:43
Posted by:Kawanari  - [Link]
Add comment


Saturday, 7-Mar-2009 15:33 Email | Share | | Bookmark
Love Like Oxygen


Jason Mraz in Action...

Cool fact about 4th Mac 2009 Jason Mraz Live In Malaysia:
- I was there
- Full house concert, no empty seat as far as i concern
- Jason's voice was beautiful, he even mocked a saxofon sound
- Jason is a very talented artist, his performance was never boring and dull
- Jason is a pure storyteller through his songs
- We sang along the 1st verse of Lucky
- Songs list : Remedy, You and I, Butterfly, Live High, Make It Mine, Beautiful Mess, The Dinamo Of Volition, Lucky, I'm Yours ( this is a few that i can recall, blame the bad memory )
- Conclusion: A music beats that makes you want to dance, a song that makes you want to sing ...

Not cool about 4th Mac 2009 Jason Mraz Live In Malaysia:
- Putra Stadium Bukit Jalil would be a better venue
- No air con, sweating like crazy
- No water allowed to bring in
- Duet of Lucky with Penny Tai was not that great... Btw, who's Penny Tai?

* song - Super Junior - Sorry Sorry

wei ca,
how come you don't know penny tai?
dia la minah yg nyanyi soundtrack meteor garden taiwan kalau part san chai sedih..
she's a malaysian tp glamor kat taiwan. (if i'm not mistaken)
Mon 4-May-2009 05:02
Posted by:et
et - serius aku tak kenal sapa. chinese audience kenal la kot... how come she's a well known singer in Taiwan but here in Malaysia she's hardly known.. oh gosh.. pity her. Tue 5-May-2009 03:29
Posted by:Aca acamy172@yahoo.com
hmm...agree..wat a voice...sori aca aku tak dpt lagi nak send gambo2 kite kat concert tuh....uhuhuuhu...ni aku dah cuti sem...insyaAllah aku email..ko dah bace email luahan rasa JR?kesian die kene tanggung rugi yg byk..aku pon bengang gak ngan joe ni..yo-yo nak dtg..aku tepon die hari tu..byk kali..asyik masuk msg box..hr ni pon same...ntah ape cite...kesian JR terpakse tanggung byr utk sume2 tu Fri 8-May-2009 01:48
Posted by:Zar skyblurster@gmail.com
Add comment


Sunday, 22-Feb-2009 01:00 Email | Share | | Bookmark
Show Me Your Love


Are you this COOL??
(gambar dari web)


Nota dari Mya-chan (penulis jemputan)

Wow.. wow.. wow..
Pemalas betul budak
Myaca ni nak update fotopage dier..
Apa lah cerita terbaru dier ni..

O,
Mya-chan dah tanya dah dia apa masalah budak Myaca ni sampai malas giler dier nak update
Antara sebabnyer:

1. Dier dalam silent mode sejak 5 bulan lalu. Putus cinta ke? Stress keje ke? Gaduh ngan BFF(BestFriendForever) ke?...Dah confirmkan dengan dier, dan tiada satu pun jawapan di atas yang betul.. Dalam erti kata lain, dier saja bagi alasan tu, kerana takde sebab pun dier kena mengaktifkan silent mode tersebut.

2. Dier banyak habiskan masa depan computer dan online. Tapi buat apa? Kenapa tak update sekali fotopage dier tu (alang-alang dah online kan). Biler tengok bill streamyx memang banyak giler, ntah apa dier buat tah. Lepas tu dapat tau, rupa-rupanya dier syok layan cerita korea dan jepun secara online. Ish budak ni, TV biasa memang dier tak tengok dah.
Myaca ni jenis suka tengok DVD dan CD. Sebab rupa-rupanya, dier takde komitmen nak tunggu cerita yang berepisod. Kalau dah terlepas satu episod, jangan harapla dier nak sambung tengok. Sebab tu dier suka tengok online, kerana boleh continuosly tengok episode by episode. Lepas tu Myaca jugak ada recommend pada Mya-chan dan pada semua untuk layan cerita Hana Yori Dango dan Hana Kimi versi Jepun. Oh, anda juga boleh cuba menonton Boys Over Flower (Hana Yori Dango versi Korea, dapat rating paling tinggi di Korea). Ntah best atau tidak taste dier tu kan…Mya-chan nak tengokla lepas ni, mana tau best kan…

3. Dier jugak kan, biler online suka sangat layan You Tube. Video apa yang
Myaca cari??? Ish.ish.. Nasib baik dier bukan tengok video2 dan gambar2 tak senonoh. Tapi dier sibuk dok stalking artis-artis Kpop dan Jpop. Budak ni… Apa nak jadi ni??? Dah jadi stalker??? Leka tul ngan hiburan. Pastu, bukan nak sokong artis negara sendiri, yang pergi gilakan artis negara lain tu pehal ha… nak kena ni… Nasib baik artis negara asia gak… Pastu, biler korek2 rahsia, dapat tahu yang Myaca dok gila bayang ngan Dong Bang Shin Ki, Super Junior, SS501, Big Bang ngan Wonder Girls (Korea). Ada lagi.. dier juga sangat suka pada Arashi, Kinki Kids ngan SMAP (Jepun). Ishhh.. budak ni, biler nak matang ni. Biler tanya dier, apsal ko suka group2 ni… dier cakap sebab lagu2 best ngan dance step best (Myaca ni baru nak belajar menari). Lepas tu dier suka recommend pada Mya-chan dan pada semua untuk dengar lagu Dong Bang Shin Ki – Mirotic, Super Junior- Miracle, Wonder Girls – So Hot & Tell Me, Big Bang- Haru Haru dengan Arashi-Truth. Mya-chan nak dengarla lepas ni, mana tau best kan…

Nampak sangat alasan silent mode dier tu disebabkan poin nombor 2 dan 3 tu. Dah ko dok online berjam-jam layan benda camtu, manalah ko ada masa nak update fotopage ko kan
Myaca… hmm… Pepehal pun, Mya-chan percaya obsession Myaca pada benda-benda kat atas ni akan berakhir suatu hari nanti. Sebab dulu pun dier pernah obses dengan F4 dari Taiwan tu, sampai poyo-poyo sensorang pegi concert F4 masa valentine 2002 yang sepatah haram dier tak faham tu…Akhirnya pulih juga dier dari penyakit obsess F4. Kali ni Mya-chan doakan supaya dier cepat pulih, sebab Mya-chan risau Myaca selalu tido lewat, lepas tu Myaca dah tak bersenam macam dulu atas alasan takde masa. Kalau effect kesihatan Myaca nanti, macam mana nak jadi pekerja cemerlang kan. Sekarang Myaca dah put on A LOT of weight, sebab dier dah malas berjoging dan berenang macam dulu. Memburukkan keadaan, lately ni dier sangat suka kunyah junk food pulak. Myaca sekarang dah macam pelampung, bagai kena pam. Mya-chan harap, Myaca kembali aktif bersenam macam dulu, dan kembali kelihatan fit. Janganlah jadi potato couch, sebab nanti leh jadi obese, pastu pelbagai penyakit datang. Ok, Myaca… RUN BABY RUN!!

Ikhlas dari
Myaca other half,
Mya-chan

* song - One - Arashi



kalu ko bnyk menulis, baik ko buat blog weh.... lay out pun cantik2 skang.... try la... lagu, clip dr u tube pun ko bleh msukan.... Mon 23-Feb-2009 12:19
Posted by:atengbest  - [Link]
tak baik tamak2. yang satu ni pun berusaha keras nak update. btw, thanks for ur comment... Tue 24-Feb-2009 14:07
Posted by:myaca acamy172@yahoo.com  - [Link]
layan kpop gak ker?? hehehhehe beskannnnnnnnn
wonder girl!!!! nobody!!! yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Thu 5-Mar-2009 14:24
Posted by:Munirah Abd  - [Link]
Add comment


Sunday, 18-Jan-2009 00:56 Email | Share | | Bookmark
Miracle

Hari ni dah lepas 17 hari selepas tahun 2009.
Cepat betul masa berlalu.
Saya takda pasang azam pada tahun baru yang lalu.
Mungkin penat sangat bekerja pada hujung tahun lalu, sampai tak terfikir untuk pasang azam.
Mungkin juga sebab telah buat rancangan awal untuk beberapa perkara penting bagi tahun 2009.
Tak rasa langsung nak berazam. Saya telah berubah... Saya tidak sebegini sebelum ini.

Erm, apa yang saya dah buat sepanjang 2008...?
oh, banyak.. antaranya:
1- Pelancongan ke Bali telah berjaya dijalankan pada bulan Januari.
2- Telahpun pandai berenang selepas habis kelas renang pada Februari.
3- Sampai juga melancong ke Sarawak buat pertama kali pada bulan Mei.
4- Mempunyai dSLR pada awal Jun.
5- Sampai juga melancong ke Sabah buat pertama kali pada bulan Julai.
6- Dapat tiket VIP secara percuma untuk beberapa konsert, teater muzikal. Terima kasih kepada pengajur.

Itu ajer???..Banyak lagi perkara berlaku. Hmm, saya perlukan diari. Daya ingatan saya tidak bagus...

Apa nak buat tahun ni:
1- Back to Nature vacation theme (Nature Lover, I am) -
Yang sudah pasti....Januari: Tmn Negara Pahang, April: Gunung Kinabalu Sabah.
2- Perbaiki posture
3- Kembali bersukan. Run baby RUN!!

Aktiviti Archery...

Aktiviti ini tidak sesuai untuk saya. We are not compatible.Lets break up now... ...
Bila memanah, saya tak boleh aim dengan betul.
Antara sebabnya, saya tidak boleh kenyit mata kiri sambil buka mata kanan.
Ini sejenis kecacatan yang tidak dapat dieelakkan.
Kalau nak mengorat orang sekalipun, saya hanya boleh mengenyit menggunakan mata kanan sahaja.
Sebab kedua, tangan saya tak kuat. Tidak dapat tampung tekanan dari string yang ditarik.
Tangan gigil2, mana leh jadi sharp shooter.
Sesungguhnya saya kagum pada orang yang boleh memanah dengan baik.
Anda memang hebat!.

Ice skating...

Gambar ini sebenarnya adalah gambar kasut skating.
Saya sangat suka aktiviti ini...
Sebabnya, I'm flying without wings...
Pasti saya akan selalu datang lepas ini.

Reminder, lots of skinship during this activity. Viewer discretion is advised.

Saya juga telah jatuh tergolek sebanyak 9 kali pada kali pertama mencuba.
Tetapi tak apa, saya mendapat kerjasama dan pertolongan dari ramai orang .
Saya juga kagum pada ice skater yang sangat graceful pergerakan mereka.
Anda memang hebat!

* Song - Tic Toc ! - Super Junior

mana gambar hari tuh????? Tue 27-Jan-2009 14:07
Posted by:atengbest  - [Link]
tak payah tgu tahun baru... tiap2 hari pun aku buat azam baru
asalkan kita akan jadi yg lebih baik dari sblmnye

* byk jalan sis, kalau ada tempat kosong leh kami menyelit sekali yek

~ intai kami kat flickr
http://www.flickr.com/photos/memorabiliaz/
http://www.flickr.com/photos/mymemorabilia/
Wed 11-Feb-2009 00:49
Posted by:ad + apex @ MeMoRaBiLia  - [Link]
Add comment


Saturday, 27-Dec-2008 21:28 Email | Share | | Bookmark
Mirotic


Miro = maze

Kiub rubik...


Benda ni, dah nak seminggu tak dapat nak setel.
Apa da...
Patutla ada gelaran untuk saya - lem_ _ _ @ _lur.
Adoi...
Main sudoku ajerlah lepas ni, lagi senang.
Oh, tahukah anda, bahawa sudoku boleh mengelakkan alzheimer.?
Saya tidak pasti ini fakta atau hanya andaian sahaja.
Tapi, latihan minda memang bagus untuk perbaiki otak yang lembap kan...
Anda pernah cuba buat Mensa Test untuk mengetahui tahap IQ anda?
Oh, saya pernah cuba, tapi tak habis buat.
Saya tak sanggup nak habiskan soalan2 tersebut untuk mengetahui tahap IQ saya.
Kerana saya pasti saya bukan seorang genius...hehe

Anda kenal ini???...

Ini coklat duit syiling.
Masa kecil dulu, saya selalu beli coklat ni semasa perjalanan balik dari mengaji quran di surau.
Saya beli dari makcik yang bukak bisnes kecil-kecilan menjual jajan di rumahnya.
Rumah makcik tu depan surau.
Sangat strategik kedudukan kedainya bukan...?
Kalau nak beli, kena jerit bagi salam bersama kawan2 lain,
kalau dia dengar, baru makcik tu bukak gate umah dier untuk kami beli jajan-jajan yang pelbagai warna dan rasa.
Kalau dier tidur ke, atau tak rasa taknak meniaga untuk hari tu,
maka tak dapatlah kami bershopping di kedainya itu.
Oh, berbalik kepada cerita coklat...
Coklat ini, rasanya dulu, design dier ada tulis 50sen.
Mungkin kerana semasa tu, Kl Tower masih dalam pembinaan...
Saya sangat gembira dapat berjumpa Chocolate Coin ini semula,
selepas berbelas-belas tahun lamanya tidak merasanya.
Terima kasihlah kepada tuan rumah satu majlis kahwin yang telah beri door gift,
dan salah satu kandungan dalam beg door gift tersebut, adalah coklat ni.
Saya sangat gembira sehingga menjerit kecil kerana rasa kegembiraan yang bergelora.
Anda telah mengembalikan nostalgia masa kecil saya.
Arigato gozaimas...

* Song - Love in the ice - Dong Bang Shin Ki (DBSK) a.k.a Tohoshinki a.k.a TVXQ


Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 Mon 29-Dec-2008 18:41
Posted by:ezy  - [Link]
nice Tue 13-Jan-2009 16:20
Posted by:MR.MONSOON Kuantan monsoonpictures@gmail.com  - [Link]
kiub rubik tu mmg mencabar... aku pun malas nk cuba haha!!!

coklat tu dulu mmg fav aku jugak... sbb boleh buat main-main jual-beli dgn kwn2
Fri 16-Jan-2009 05:40
Posted by:ad + apex @ MeMoRaBiLia  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Dec-2008 21:00 Email | Share | | Bookmark
Ikemen Boogie


Hi semua.
Dah nak 2 bulan tak pegang kamera.
Ini baru pegang balik, lepaskan rindu...
Khamis lalu (25 Disember 08), majlis pertunangan kawan saya. Anis & Syakir.
Bulan depan diorang nak nikah pulak.

Ini gambar diorang...


Anis...framed...


* Song - ikenai taiyo - orange range


Care to comment?


Friday, 21-Nov-2008 00:02 Email | Share | | Bookmark
Gotta be somebody



* song - us against the world - westlife

Re: betul ..... wap air buleh cepat melekat bila didedahkan pada suhu rendah serta merta. Sebab tu aku bungkus dlm kain pelikat ..... suhu dah sama cume lebih kering. Bahaya wooo biar terdedah pada wap air lama lama Tue 25-Nov-2008 14:30
Posted by:baning  - [Link]
kenali peminta sedakah yang menipu orang ramai di Bukit Bintang

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

reformis jadi pengemis
Fri 12-Dec-2008 13:12
Posted by:jamilkucing nakcuba2000@yahoo.com  - [Link]
hmm problemo?ehheha neway hye Tue 23-Dec-2008 03:11
Posted by:sani mr_selamber@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 20-Nov-2008 20:27 Email | Share | | Bookmark
Kaulah segalanya



‘Cinta itu ibarat sebuah rumah. Tak perlu besar, tak perlu mewah. Yang penting, rasa bahagia berada dalamnya’

Ayat itu saya dapat bila menyinggah dari blog ke blog.
Istilah cinta seseorang itu berbeza mengikut individu.
Definisi bahagia juga berbeza dari seorang ke seorang.
Saya percaya semua orang ingin hidup bahagia.
Saya juga percaya bahawa bahagia itu perlu dicari, tetapi kadang kala bahagia juga akan datang dengan sendiri.
Alangkah beruntungnya orang itu...

*song – without you – hinder


Care to comment?


Friday, 7-Nov-2008 20:50 Email | Share | | Bookmark
All this lives


bersuka ria...

Seronok main air...lagi2 biler dapat berkumpul dengan family dan bersama-sama main air. Tak kiralah walau berapa pun usia masa tu. Zaman sekarang zaman orang mengejar kesenangan hidup. Rasanyer nak hidup senang dalam zaman sekarang ni bukan perkara mudah. Ibu dan ayah kena keje kuat untuk menyara keluarga. Mana taknya, semua barang dah mahal sekarang. Walaupun harga minyak dah berkurangan sedikit (Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada penurunan), tapi harga barang masih mahal, geram jugakla biler g kedai nak beli barang... ui, harga makanan lagiler... donut biasa tu pun sekarang dan rm0.50 sekeping...hehe, minta maafla pakcik yang jual tu, bukan nak cakapla, tapi, janganlah sampai nak lawan harga donut Dunkin/BigApple/JCo pulak . Terkejut saya tengok harga donut pakcik tu.

Eh, tapi bukan nak cerita pasal donut jugak ni...hehe ter off topic pulak. Tapi nak cerita yang masa bersama keluarga tu sangat berharga. Tak kira la jika sekadar bersama-sama tengok TV rancangan Anugerah Skrin TV3 ke (tengah tengok cerita tu sekarang, sebab tu mention kat sini..=P, erm, kurang umphh la pengacara dier kali ni, Afdlin Shauki tak di offer job ni ker =D), ataupun masa bersama-sama cuci kereta, ataupun sekadar pegi pasar pagi setiap sabtu dan lepas tu pegi bersarapan sesame. Sebab, bukan semua orang mampu pergi bercuti. Bercuti memang memerlukan belanja yang besar, lagi2 kalau nak bawak satu family kan...

Hargaila masa berkualiti anda bersama keluarga. Saya harap saya juga akan sentiasa begitu

jangan sampai uwekkk...

Ha...pernah main kapal ni tak?? Uish tobat taknak main lagi. Kali pertama main, kat The Mall masa kecik2 dulu. Masa kecik2 tu rasa best je naik kapal ni. Kali kedua yang merupakan kali terakhir naik benda alah ni, adalah pada tahun lepas kat Genting Highland. Menyampah tul naik kapal ni, loya betul, pastu memang pening dan pusing kepala betullah. Rosakkan mood saya ajer masa kat Genting tu... Sebabnyer, lama sangat dier berbuai. Berbuai sikit2 takpe gak, ini dah sampai kepala ngadap bawah, kaki kat atas apa cerita...hehe, surelah meloyakan.

Pada anda yang nak naik kapal ni, saya nasihatkan supaya naik semasa perut kosong atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan

main gelongsor sampai basah2...

Naik benda2 gelongsor ni pun best jugak. Patutla bebudak suka naik gelongsor. Rasa best ajer biler biarkan diri kita ditarik graviti, turun ke bawah maksud saya. Saya juga suka naik roller coaster,uish...layan. Tetapi tidaklah sampai nak ulang2 naik sampai 3 kali. Kalau setakat 2 kali, masih okey.. =P.

Anda pernah naik Solero Shot di Genting Highland?
Cuba anda naik, dan ambil seat yang paling dekat dengan tebing dan air terjun tu...
Ui, saya pernah naik, dan saya tak ingin naik lagi, terutama di seat itu. Rasa segala organ saya tertinggal di atas...hahaha... tobat... masa naik tu, saya boleh menjerit ‘ Mak, takut....nak turun!!!!’ dengan kuatnya saya menjerit, sehingga mamat yang duduk disebelah saya, menjeling dan senyum sinis kepada saya semasa kami selamat sampai ke bawah...ceh

waris jari hantu...

Saya merasakan harimau adalah satu binatang yang sangat macho. Begitu juga dengan singa, tetapi saya tidak ada gambar singa. Harimau ni, tengok saja pada warnanya, hitam dan kuning/jingga. Belang2 pulak tu. Dahla gigi tajam, tak payah asah selalu, sentiasa tajam.

Mak saya pernah cerita, uwan (panggilan untuk nenek) pernah terserempak dengan harimau masa pergi menoreh getah. Uwan bagi tau, biler harimau ada dekat2 kita, dier ada bau sikit. Jadi, selalunya, orang yang berpengalaman, biler terbau ajer, akan pandang2 keliling dan panjat pokok, sebab harimau tak pandai panjat pokok. Cheetah pandai panjat pokok. Jadi, dok la atas pokok tu, sampai si harimau tu blah sebab give up nak tunggu kita turun dari atas pokok

*song – feels like the first time – doughtry


Quote:

Tiger & Tree Climbing

Cubs:
Tiger cubs willingly climb trees for about the first sixteen months of life and young tigers have been sighted following langur monkeys up into the trees in an effort to secure a feed. But after this age their increasing weight makes both ascent and descent difficult, and few tree branches have the needed strength to hold their weight.

Adults:
Adults seldom climb, but are quite capable of doing so; they may do this if being chased by dogs or when after prey. There have been occasions of men climbing trees to escape an attacking tiger, only to be killed when the tiger followed them up.
This does not mean tigers are willing or efficient climbers. On the contrary, they are not. The white Bengal and Amur tigers shown here are doing something quite unusual for tigers of their age.

Compare the tiger to what is the widest-ranging big cat, the leopard.

The leopard - an arboreal cat:
Leopards can:
• Climb trees swiftly and come down head first.
• Carry prey 3 times their own weight into the branches.
• Cling to the bark of a tree, simply hanging in the one spot.
• They then have the enormous muscle power required to propel themselves up and into the branches.

The tiger - a terrestrial cat:
Tigers are essentially terrestrial animals which confine climbing to their juvenile years:
• They are very clumsy when aloft.
• Despite their incredible muscle power tigers need to enter a tree at a run, being unable to simply pull them up in the manner used by leopards.
• They may get stuck in trees. Not being climbers by nature, it takes them time to learn the best way to descend is backwards.
• Usually find that though claws make tree climbing possible, their angle also makes the descent an awkward job.

Source - http://www.lairweb.org.nz/tiger/tree.html

dekat plak arimau tu dtg ek
ader gak dtg sini skali aritu semata2 nk amik gambo pak belang ni
tak lamer lps tu ujan plak... dia soh dtg lg skali kot
Mon 17-Nov-2008 11:14
Posted by:faried  - [Link]
ehehe..ni yg membuatkan diri ni xsabar2 nk g sunway lagoon ni..
br je plan nk g main air..xkira r kat sunway ke pantai ke waterfall ke..
hmm..best2
Mon 17-Nov-2008 21:11
Posted by:eZy  - [Link]
Hmm .... sebenarnya rimau pandai panjat pokok, lebih pandai dari kita.
Re: meh tengok tips panjat Kinabalu
Wed 19-Nov-2008 14:34
Posted by:baning  - [Link]
View all 13 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.